Hukum memakai gelang magnet

Perbincangan hukum memakai gelang magnet
الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيد المرسلين ، القائل فيما جاء في "
الصحيحين " : " من يرد الله به خيرأ يفقهه في الدين " ، وعلى آله وصحبه اجمعين ،
ومن تبعهمعلى فقههم وهديهم إلى يوم الدين
Segala puji bagi Allah,Tuhan yang sentiasa merahmati dan menyayangi hamba-nNya.Aku bermohon,lindungilah aku daripada menulis kerana kepentingan diri atau orang tertentu.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa penulis berdoa sebegitu,sedangkan selalunya artikel-artikel penulis tidak didahului dengan doa.Benar,memang ada sebab mengapa penulis berdoa sebelum menulis artikel kali ini.
Artikel kali ini berkaitan dengan hukum memakai gelang magnet dan penulis sendiri memakai gelang magnet,oleh sebab itu penulis berdoa agar terlindung dari berat sebelah dalam menulis artikel ini.Ramai yang dah maklum dengan fonomena pemakaian gelang di kalangan masyarakat kita.Pemakaian ini tidak lain dan tidak bukan,adalah kesedaran masyarakat kita tentang penjagaan kesihatan berteraskan teknologi magnet.Namun,ramai yang masih keliru dalam permasalahan hukum memakai gelang magnet ini.Sebahagian ada yang terus menghukumkan pemakaian gelang ini dengan hukum haram.Sebahagian lagi,membenarkannya secara mutlak tanpa menetapkan jenis dan sebab pemakaian gelang itu.
Setelah meneliti beberapa pandangan dan hujah yang dibawa oleh kedua-dua pihak.Penulis mendapati kedua-dua pandangan ini adalah tidak selaras dengan roh islam itu sendiri.Penelitian ini bukanlah berdasarkan nafsu serta kepentingan tersendiri,tetapi ia berdasarkan ilmu-ilmu yang berpasakkan kepada Quran dan Sunnah.Penulis bukanlah mengaku atau berlagak sebagai Mufti(sehinggakan ada yang menuduh penulis ‘berijtihad’.Sedangkan penulis hanya menaqalkan pandangan para ulama yang mu’tabar),tetapi apalah guna kita belajar agama,tetapi tidak tahu untuk memberitahu kebenaran kepada orang yang terkeliru!
Jika kita meneliti kembali hujah yang dibawa oleh mereka yang mengatakan HARAM memakai gelang magnet,sebenarnya hujah mereka tidak kukuh.Mereka cuba membawa dalil dari hadis yang menghukumkan pemakaian gelang adalah haram.hadis yang dimaksudkan itu ialah;
أن النبي -صلى الله عليه وسلم- رأى رجلا في يده حلقة من صفر فقال: ما هذه? قال: من الواهنة، قال: انزعها فإنها لا تزيدك إلا وهنًا، فإنك لو مت وهي عليك ما أفلحت أبدًا
"Bahawasanya Nabi saw telah melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi saw bertanya: "Apakah ini?" Orang itu menjawab: "ianya daripada al-Wahinah." Sabda Nabi saw: "Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya."
Kalaulah mereka berhati-hati dalam pengambilan sesuatu hadis dan meneliti kembali hadis ini,pasti mereka akan mengetahui bahawa hadis ini masih lagi dalam perselisihan akan darjatnya.
Para ulama berbeza pendapat akan kesahihannya. Hadith ini diriwayatkan daripada al-Hasan daripada 'Imran bin Husain. Para ulama berbeza pendapat apakah al-Hasan (الحسن) benar-benar mendengar daripada 'Imran bin Husain (عمران بن حسين) ataupun tidak. Demikian juga di dalam hadith ini ada periwayat yang bernama Mubarak bin Fadhalah (مبارك بن فضالة), ia juga diperselisihkan di kalangan ulama hadith.Namun demikian telah berkata Syeikh Al-Bani bahawa hadis ini adalah Dhaif dalam Dha'if Ibn Majah.
حدثنا علي بن أبي الخصيب حدثنا وكيع عن مبارك عن الحسن عن عمران بن الحصين أن النبي صلى الله عليه وسلم رأى رجلا في يده حلقة من صفر فقال ما هذه الحلقة قال هذه من الواهنة قال انزعها فإنها لا تزيدك إلا وهنا.
تحقيق الألباني : ضعيف
تحقيق الألباني : ضعيف
Bagaimanakah titik persetujuan yang mereka ambil, untuk menyatakan bahawa dengan menggunakan hadis ini mereka mahu mengharamkannya secara mutlak?Sedangkan hadis ini masih dalam perselisihan para ulama hadis!
Jika kita mengambil pendapat ulama hadith yang mensahihkan hadith tersebut, kita perlu benar-benar memahami maksudnya sehingga kita boleh berhukum dengannya dengan cara yang betul. Perkara ini perlu supaya kita tidak keras mengharam sesuatu yang sebenarnya tidak haram seperti yang kita sangka.[1]
Jika kita mengambil pendapat ulama hadith yang mensahihkan hadith tersebut, kita perlu benar-benar memahami maksudnya sehingga kita boleh berhukum dengannya dengan cara yang betul. Perkara ini perlu supaya kita tidak keras mengharam sesuatu yang sebenarnya tidak haram seperti yang kita sangka.[1]
Al-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan menjelaskan berkenaan pertanyaan Nabi saw: "Apakah bendanya ini." Yang zahir, pertanyaan ini adalah pertanyaan yang menunjukkan pengingkaran, namun dikatakan juga pertanyaan Nabi saw itu adalah untuk mengetahui tujuannya memakai gelang tersebut.
Manakala jawapan lelaki tersebut: "ianya daripada al-Wahinah." Membawa maksud, aku memakainya untuk mengelakkan al-Wahinah, untuk dia melindungi aku daripadanya (yakni melindungi daripada al-Wahinah). Al-Wahinah adalah penyakit yang kena pada tangan, dinamakan di kalangan orang Arab dengan al-Wahinah, termasuk di dalam kebiasaan mereka memakai gelang untuk berlindung daripada kesakitannya dan mereka percaya gelang tersebut akan
melindungi dari penyakit tersebut. [2]
Manakala jawapan lelaki tersebut: "ianya daripada al-Wahinah." Membawa maksud, aku memakainya untuk mengelakkan al-Wahinah, untuk dia melindungi aku daripadanya (yakni melindungi daripada al-Wahinah). Al-Wahinah adalah penyakit yang kena pada tangan, dinamakan di kalangan orang Arab dengan al-Wahinah, termasuk di dalam kebiasaan mereka memakai gelang untuk berlindung daripada kesakitannya dan mereka percaya gelang tersebut akan
melindungi dari penyakit tersebut. [2]
Manakala Al-Syeikh 'Abdul Hakim (Kuliah al-Syariah Uni. Al-Imam Muhammad bin Saud) di dalam laman islamtoday berkata: Para ulama berbeza pendapat tentang maksud al-Wahinah, namun mereka bersepakat akan illah (sebab) larangan tersebut.Hal ini di jelaskan oleh Mohamad Abdul Kadir bin Sahak dalam salah satu artikelnya, bahawa illah (sebab) larangan tersebut ialah kerana orang menjadikannya (al-Wahinah) seperti tangkal, yang terdapat larangan menggantungnya.[3] Maka untuk mengatakan bahawa haram atas zahirnya hadis tersebut tanpa meneliti kembali illah hadis tersebut,maka tertolak pendapat mengatakan bahawa haram secara mutlak pemakaian gelang!
Berdasarkan hujah Al-Syeikh ‘Abdul Hakim di atas,pendapat kedua juga adalah tertolak.Kerana untuk membenarkan pemakaian gelang perlulah ada illahnya,aiitu sebab kenapa memakainya.Jika hanya untuk menunjuk-nunjuk dan berhias semata(untuk lelaki),maka hal ini amat ditolak oleh Islam.Maka sebab itu,pandangan pertengahan dalam permasalahan ini amatlah sesuai untuk meletakkan hukumnya.
Untuk bahagian ini,penulis akhiri dengan kata-kata Syeikh Muhammad Sa’di:
إذا ثبت نفع السوار طبيَّا فلا بأس به، أما إن لم يكن له نفع ما، فلا يلبس لأنه يكون حينئذ من جنس لبس التمائم والودع
.
.
"Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat." [4]
No comments:
Post a Comment